Bismillahhirrahmannirrahim..
Alhamdulillah wasyukurillah, Allah izin untuk hidup lagi pada hari ini. Minggu yang pack dengan berjalan dan bermusafir bermula minggu lepas lagi.
Hari jumaat minggu lepas sempat menghantar junior kesayangan Nana dan Anis. Mungkin pada ketika aku menulis ini, mereka sedang sibuk mengulangkaji utk temuduga SPP yang diadakan tidak lama lagi.
Betapa menariknya, sepanjang permusafiran kita, kita mengambil ibrah. Alhamdulillah, apa yang baik ku ambil untuk ku jadikan teladan. Bermusafir bersama ibut, saya pengalaman yang menarik. Kerana apa? Kerana aku belajar sesuatu daripadanya. Hidupnya penuh dengan doa. Sebelum solat, sebelum makan, sebelum bergerak, sebelum tidur, selepas tidur dan keluar daripada tandas. Hidupnya dipenuhi dengan doa2. MasyaAllah. Bila berbual-bual dengannya, dia mengatakan dia belum bertemu dengan jodohnya dan akhirnya aku terfikir kenapa dia belum bertemu jodohnya. Ini kerana, Allah telah berjanji, wanita yang baik utk lelaki yg baik dan begitu juga sebaliknya. Mungkin belum ada lelaki yang raaaaaaajin berdoa seperti dia, seperti ibut. Sebab itu, dia belum bertemu yg sesuai dan insyaAllah mcammmm tak lama lagi tu. Sebab dia perempuan yang baik, pasti jodohnya juga akan Allah permudahkan, insyaAllah..
Semalam pula, sempat memenuhi hak seorang muslim kepada muslim yang lain iaitu menghadiri jmputan perkahwinan salah seorang sahabat sewaktu di tingkatan enam dulu. Ingat lagi, dlu2 kami selalu bersaing, waktu di tingkatan enam. Bersaing subjek Pengajian Am, Bio, Matemtik dan lain-lain subjek. Kami sahabat baik. Keluarganya bukan orang senang, kami selalu berbincang, berbagi2 nota. Oh sweeetnyaaaaa.. Semoga menjadi isteri yang solehah Suryani Hamid. Luv u till jannah.