02 January 2013

Manfaatnya berpanjangan

Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah semalam, saja nak tengok 30minit ust Don. Biasanya, ana dan bunda akan tgk yg ulangan jam 6.30 pagi. Tpi memandangkan bunda suda tido awal semalam, jadi ana amik peluang utk tgk ust don jam 9.30..

Kisahnya tentang "Adab Hari Jumaat (bhgn 6)..
Banyak sangat yang menariknya. Antaranya ialah cerita surah al-khafi. Selain itu, Ust Don jg gtw antara surah2 yg d amalkan nabi. Cth solat magrib surah al-kafirun dan al-ikhlas..

Sambil2 dengar tu, ana terfikir. Untungnya ust Don. Banyak ilmu dan banyak dikongsikannya. Bla org amal, pahala akan terus mengalir dalam dirinya. Waaaa, seronok jd orang berilmu, dan apabila ilmu d kongsi kita pn dpt manfaat.

3 sbb kena menunutut ilmu:
i. Kerana Allah
ii. Supaya menghilangkan kejahilan
iii. Supaya menegakkan kalimah Allah

Selain itu, beliau jg kongsi tentang obat hati. Yang best dengar:
i. bangun malam
ii. berkumpulan dengan orang soleh (ana pulun)
iii.baca quran dan tadabbur
iv. berpuasa
v. zikir malam berpanjangan

Bila ja beliau ckp, beliau pulun berkumpul dengan orang soleh. Terus ana terfikir, patutlah banyak ilmu ust don. Beliau banyak berkumpul dengn org soleh. Seronoknya, kalau berpeluang seprtinya. Jeles pn ada.

Apa yg penting, pengajaran dr rancangan semalam, tuntutlah ilmu dan sebarkanlah. Moga pahalanya berpanjangan..

Wallahua'lam..=)