24 August 2013

Kehidupan

Bismillahirrahmannirrahim..

Telah lama, tangan ini ingin menekan papan kekunci bagi menukilkan sesuatu sepanjang berada di tempat orang ini. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan pengalaman semenjak bergelar seorang guru sebenar, bukan lagi "guru pelatih" yang dipegang selama lima tahun setengah.

Berada ditempat orang sememangnya mencabar. Aku tidak ingin meluahkan seribu rungutan, kerana ia menjadi tanda orang yang tidak bersyukur.

Baru-baru ini, terbaca post Azreenah, junior PAI IPG tempat aku pernah belajar dlu. Postnya sangat menarik iaitu :
"sesiapa yang masih ada perasaan cemburu, maknanya dia lebih mencintai dunia"

BULPP..
Adui, sakitnya. Aku terasa, akulah orang itu. Perasaan cemburu yang menebal dalam diriku. Perasaan yang sukar untuk ku kikis.. Ntah kenapa aku rasa, aku semakin kuat cemburu..

Bila, kita tidak respect seseorang, maknanya kita mempunyai ego yang tinggi.
Apa yang kita ada, hanya itu yang mampu kita beri.

3 Benda yang perlu difikir setiap hari
1. Kasih sayang tanpa syarat. Maksudnya tidak semestinya kita sayang org 2, orng 2 mestiiiiii syg kita jugk!
2. Memaafkn tanpa syarat.
3. Apa manfaat yg boleh kita beri pd org lain

Ok, cukup setakat malam ni. will be continue..=)