19 January 2013

Program Televisyen

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya diberi kesempatan untuk menukilkan sesuatu d sini..
sebenarnya bukan tidak mahu menulis, tetapi memandangkan line internet agak slow d rumah, jadi membatalkan niat utk menulis..

sementara menunggu penempatan, aktiviti rutin adalah menonton tv. antara rancangan yang berjaya menarik perhatianku rancangan Bismillah, muqaddimah, tanyalah ustaz, tanyalah ustazh, assalamualaikum, nasi lemak kopi 0 (jumaat, jam 8 pagi) dn beberapa rancangan lain..

beberapa hari lepas atau mungkin dekat seminggu dah kot, tengok la rancangan Bismillah, TV3. Muncullah satu ustaz, yang selalu ada d slot Muhasabah TV AlHijrah. Dah lama nak taw, siapa la ustaz ni. Kenapa jarang muncul. Akhirnya muncul d TV3. Ustaz Elias namanya. Ya Rabbi, serius sangat berminat dengan pengisian daripada ustaz ni. Antara yang menarik perhatian, bila dia menyampaikan tajuk tawakkal. Bila dia wat checklist, dia tya, ayat lebih kurangggg gni :

" siapakah bila dia melakukan sesuatu, dia meletakkan tawakkal atas apa yang dilakukanny?"
" siapakah bila dia telah berjaya melakukan sesuatu, dia rasa itu adalah daripada tawakkalnya kepada Allah?"

Allahu rabbi.. Kadang2 bila dijentik dengan kata-kata begini, baru kita sedar..

Kelmarin, sempat tengok nasi lemak kopi O (tv9). Ustaz Abdul Kadir Al-Jofree.. Salah satu ustaz favourite, sebab aku rasa penyampaiannya santai jer..

Memandangkan maulid dah dekat, sudah tentu pengisiannya berkenaan dengan maulid. Antra perkongsian beliau adalah :

"bagaimana ingin melahirkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W?"
"iaitu dengan perbanyakkanlah berselawat kepadanya. InsyaAllah. moga2 semakin lama semakin cinta kita kepadanya."

Apa yang psti, bacalah kisah2 Baginda, disana baru kita akan sedar betapa mulianya Rasulullah. Sebagai permulaan, boleh la baca novel sejarah tulisan pak Abdul Latip..

Dilanjtukan lagi, dengan rancangan Al-Muqaddimah pagi tadi.. Perkongsian dari Ustz Hanafiah, kalau tak silap namanya..

"bersyukurlah kamu, nescaya akan Aku tambahkan nikmat kepadaMu."
ayat tersebut merupakan firman Allah. Yang mana, kata-kata dr Allah itu pasti..

dan last sekali, prog Tanyalah Ustaz. Perbanyakkanlah beristigfar kepada Allah. InsyaAllah..

Seronok tengok prog2 ni.. Sekrang ni, rancangan yang best juga adalah....
"RASUL YANG KATA.." sangat suka dengar Qasidah..

Moga2 teknologi yang ada d manfaatkan dan mampu menjadi saham akhirat kepada kita

02 January 2013

Manfaatnya berpanjangan

Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah semalam, saja nak tengok 30minit ust Don. Biasanya, ana dan bunda akan tgk yg ulangan jam 6.30 pagi. Tpi memandangkan bunda suda tido awal semalam, jadi ana amik peluang utk tgk ust don jam 9.30..

Kisahnya tentang "Adab Hari Jumaat (bhgn 6)..
Banyak sangat yang menariknya. Antaranya ialah cerita surah al-khafi. Selain itu, Ust Don jg gtw antara surah2 yg d amalkan nabi. Cth solat magrib surah al-kafirun dan al-ikhlas..

Sambil2 dengar tu, ana terfikir. Untungnya ust Don. Banyak ilmu dan banyak dikongsikannya. Bla org amal, pahala akan terus mengalir dalam dirinya. Waaaa, seronok jd orang berilmu, dan apabila ilmu d kongsi kita pn dpt manfaat.

3 sbb kena menunutut ilmu:
i. Kerana Allah
ii. Supaya menghilangkan kejahilan
iii. Supaya menegakkan kalimah Allah

Selain itu, beliau jg kongsi tentang obat hati. Yang best dengar:
i. bangun malam
ii. berkumpulan dengan orang soleh (ana pulun)
iii.baca quran dan tadabbur
iv. berpuasa
v. zikir malam berpanjangan

Bila ja beliau ckp, beliau pulun berkumpul dengan orang soleh. Terus ana terfikir, patutlah banyak ilmu ust don. Beliau banyak berkumpul dengn org soleh. Seronoknya, kalau berpeluang seprtinya. Jeles pn ada.

Apa yg penting, pengajaran dr rancangan semalam, tuntutlah ilmu dan sebarkanlah. Moga pahalanya berpanjangan..

Wallahua'lam..=)

01 January 2013

Berkat

Bismillahhirrahmannirrahim..

Lebih kurang sebulan meninggalkan blog, tanpa sebarang entri..
Cuma kali ni, ingin menulis sedikit sahaja berkenaan berkat..

Selalu ja dengar,
"habiskan nasi tu, mana taw nanti butir nasi yang terakhir tu la ada keberkatannya,"

dan selalu juga tertanya-tanya,
"apa sebenarnya mkna berkat ni?" selalu je nak cari, tapi asyik lupa ja..

sehinggalah,
baru-baru ni g majlis kawin. g ngan bunda, kak linda dan kak asfia (guru j-qaf) yang bru masuk ip keningau disember lalu.. Mula-mula g kenduri dekat dlu.. ana, bunda dan kak linda tak habis nasi.. mana taknya, kak linda teramik nasi banyak utk kami tiga.. tengok2, kak asfia palinggg lambat makan.. dannnn nasi dia habis..

pastu, g pla kenduri yang jauh.. kat lubok darat.. ana, bunda dan kak linda makan.. kak asfia tak.. dia nak makan kuih ja.. pastu ana terfikir.. ooo, baru faham maksd berkat!!

berkat tu, bila kita sentiasa rasa cukup dan baik.. contohnya dalam soal makanan.. bila makanan yang kita makan tu ada berkat, makanya kita takkan lapar je selalu. apa yang ada mencukupi, kenyang.. begitu juga kalau org kawin kan..

selalu ja kita dengar :
"amik berkat org kawin" maksudnya kita amik kebaikan perkahwinan tersebut..

alhamdulillah, tak sia-sia ajak kak linda dan kak asfia g kenduri kahwin sabtu tu. dapat sikit ibrah..

sekian dlu, insyaAllah will be continue later..=)