Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya diberi kesempatan untuk menukilkan sesuatu d sini..
sebenarnya bukan tidak mahu menulis, tetapi memandangkan line internet agak slow d rumah, jadi membatalkan niat utk menulis..
sementara menunggu penempatan, aktiviti rutin adalah menonton tv. antara rancangan yang berjaya menarik perhatianku rancangan Bismillah, muqaddimah, tanyalah ustaz, tanyalah ustazh, assalamualaikum, nasi lemak kopi 0 (jumaat, jam 8 pagi) dn beberapa rancangan lain..
beberapa hari lepas atau mungkin dekat seminggu dah kot, tengok la rancangan Bismillah, TV3. Muncullah satu ustaz, yang selalu ada d slot Muhasabah TV AlHijrah. Dah lama nak taw, siapa la ustaz ni. Kenapa jarang muncul. Akhirnya muncul d TV3. Ustaz Elias namanya. Ya Rabbi, serius sangat berminat dengan pengisian daripada ustaz ni. Antara yang menarik perhatian, bila dia menyampaikan tajuk tawakkal. Bila dia wat checklist, dia tya, ayat lebih kurangggg gni :
" siapakah bila dia melakukan sesuatu, dia meletakkan tawakkal atas apa yang dilakukanny?"
" siapakah bila dia telah berjaya melakukan sesuatu, dia rasa itu adalah daripada tawakkalnya kepada Allah?"
Allahu rabbi.. Kadang2 bila dijentik dengan kata-kata begini, baru kita sedar..
Kelmarin, sempat tengok nasi lemak kopi O (tv9). Ustaz Abdul Kadir Al-Jofree.. Salah satu ustaz favourite, sebab aku rasa penyampaiannya santai jer..
Memandangkan maulid dah dekat, sudah tentu pengisiannya berkenaan dengan maulid. Antra perkongsian beliau adalah :
"bagaimana ingin melahirkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W?"
"iaitu dengan perbanyakkanlah berselawat kepadanya. InsyaAllah. moga2 semakin lama semakin cinta kita kepadanya."
Apa yang psti, bacalah kisah2 Baginda, disana baru kita akan sedar betapa mulianya Rasulullah. Sebagai permulaan, boleh la baca novel sejarah tulisan pak Abdul Latip..
Dilanjtukan lagi, dengan rancangan Al-Muqaddimah pagi tadi.. Perkongsian dari Ustz Hanafiah, kalau tak silap namanya..
"bersyukurlah kamu, nescaya akan Aku tambahkan nikmat kepadaMu."
ayat tersebut merupakan firman Allah. Yang mana, kata-kata dr Allah itu pasti..
dan last sekali, prog Tanyalah Ustaz. Perbanyakkanlah beristigfar kepada Allah. InsyaAllah..
Seronok tengok prog2 ni.. Sekrang ni, rancangan yang best juga adalah....
"RASUL YANG KATA.." sangat suka dengar Qasidah..
Moga2 teknologi yang ada d manfaatkan dan mampu menjadi saham akhirat kepada kita
Blog Design by Gisele Jaquenod