Antarnya salah satu plannya ialah ingin membaca buku, apa2 sahaja buku yang mendatangkan manfaat dan kemudiannya menulis di dalam blog. Alhamdulillah, akhirnya arini berjaya membaca sebuah buku walaupun banyak yang berjaya di skip2 dan bukunya bertajukkk:
Buku ni ternyata sangat bangus terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Memandangkan aku masih bujang lagi dan seorang perempuan, perancangan wang yang berkaitan dengan anak, rokok dan sewaktu dengannya berjaya ku skip. Ini menyebabkan aku berjaya menghabiskan buku ini dalam masa tidak sampai setengah hari. InsyaAllah, buku ni sangat bagus dijadikan panduan kita..
Banyak tips yang aku perolehi dari buku ni. Antaranya ialah bagaimana kita merancang kewangan. bagi orang bujang yang selalu makan di luar, catat setiap hari semua duit yang digunakan dan dibelanjakan termasuklah kuih, nasi dll yang dibeli. Bila dilihat selama satu bulan, baru kita akan sedar berapa banyak wang yang telah dihabiskan utk semua tu. dengan catatan la akan menyedarkan kita.
selain itu, untuk saving jugak pastikan keluarkan 10% daripada gaji kita setiap bulan. sebelum bayar apa2, keluarkan dulu duit tu untuk simpanan kita. ataupunnnnn, kita boleh letak pelaburan awal rm500, lepas tu setiap bulan pastikan istiqamah letak 50.. sampai 20 tahun, dapat gambarkan berapa suda kita berjaya saving? kira sendiri la aa..
antara lain yang dikongsikan ialah kita kena wat pelaburan. paling cikai pun, wat la pelaburan amanah saham. part ini, aku xpenah belajar. jadi, xberapa nak faham. insyaAllah nak g servay2 dlu, apa benda ni. kalau bagus, insyaAllah pasti akan melabur amanah saham dan lagi satu buku ni jugak galakkan kita utk amik takaful kalau tidak silap. ini pun benda baru utk aku, insyaAllah nnt aku try usha2 k.
apapun, moga2 kita dapat belajar saving bermula dari sekarang untuk masa depan. Opssss, dah asar la kat sini. teringat pula kata2 pengacara tv tdi, antara perkara yang perlu disegerakan ialah :
- apabila jenazah telah tiba, segerakan mengkebumikannya.
- apabila masuk waktu, segerakan menunaikan solat
- apabila jodoh telah tiba, segerakan pernikahan.
antara tiga ni, masuk suda waktu di sini. arini asar jam 3.26. makanya,,, jom solat asar..
Assalamualaikumm....=)