07 December 2013

MUSAFIR


Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah wasyukurillah, Allah izin untuk hidup lagi pada hari ini. Minggu yang pack dengan berjalan dan bermusafir bermula minggu lepas lagi.

Hari jumaat minggu lepas sempat menghantar junior kesayangan Nana dan Anis. Mungkin pada ketika aku menulis ini, mereka sedang sibuk mengulangkaji utk temuduga SPP yang diadakan tidak lama lagi.

Betapa menariknya, sepanjang permusafiran kita, kita mengambil ibrah. Alhamdulillah, apa yang baik ku ambil untuk ku jadikan teladan. Bermusafir bersama ibut, saya pengalaman yang menarik. Kerana apa? Kerana aku belajar sesuatu daripadanya. Hidupnya penuh dengan doa. Sebelum solat, sebelum makan, sebelum bergerak, sebelum tidur, selepas tidur dan keluar daripada tandas. Hidupnya dipenuhi dengan doa2. MasyaAllah. Bila berbual-bual dengannya, dia mengatakan dia belum bertemu dengan jodohnya dan akhirnya aku terfikir kenapa dia belum bertemu jodohnya. Ini kerana, Allah telah berjanji, wanita yang baik utk lelaki yg baik dan begitu juga sebaliknya. Mungkin belum ada lelaki yang raaaaaaajin berdoa seperti dia, seperti ibut. Sebab itu, dia belum bertemu yg sesuai dan insyaAllah mcammmm tak lama lagi tu. Sebab dia perempuan yang baik, pasti jodohnya juga akan Allah permudahkan, insyaAllah..

Semalam pula, sempat memenuhi hak seorang muslim kepada muslim yang lain iaitu menghadiri jmputan perkahwinan salah seorang sahabat sewaktu di tingkatan enam dulu. Ingat lagi, dlu2 kami selalu bersaing, waktu di tingkatan enam. Bersaing subjek Pengajian Am, Bio, Matemtik dan lain-lain subjek. Kami sahabat baik. Keluarganya bukan orang senang, kami selalu berbincang, berbagi2 nota. Oh sweeetnyaaaaa.. Semoga menjadi isteri yang solehah Suryani Hamid. Luv u till jannah.




23 November 2013

Reading is important, but writing is more important

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini diberikan peluang utk bernafas lagi, membetulkan kesilapan lepas menjadi lebih baik dari semalam. insyaALlah..

"Reading is important, but writing is more important," satu quote yang dikongsikan oleh salah seorang penulis langitilahi. Penulis yang beberapa tahun lebih muda daripadaku, tetapi nyata penulisannya banyak membuatkan aku terkesan terutama sekali penulisannya berkaitan dengan masa. Quote diatas dikongsikan olehnya dalam laman FBnya. Mohon copypaste ya, hehe..

Beberapa hari ini tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menulis. Akhirnya, arini meluangkan masa utk menulis sambil2 menanti pakaian yang dicuci siap. 

Semalam, sempat jalan2 di blog org. Memang peminat baca blog org jugak sebenarnya. Dalam jalan2 tu, terjumpa pla e-novel. Tajuknya "kerana kami muda." bila baca tu, ok baru perasaan minat membaca novel masih ada. Cuba mendownload novel tersebut, malangnya tidak berjaya. kebetulan dia merupakan kawan di fb, jadi meminta dia menghantar ke email. Alhamdulillah, pagi tadi, lebih kurang empat jam berjaya menghabiskan novel yang mempunya 155 M/S. hehe

Sejujurnya banyak pengajaran yang aku perolehi dari novel tersebut. Banyak yang terkesan dihati. Dan apa yang penting, aku suka endinggggg cerita tu. Bagaimana lelaki tersebut akhirnya terus menghantar rombongan lamaran kepada perempuan tersebut. Ok, kalau nak baca, silalah download di web ini ya.
http://iqbalsyarie.blogspot.com/
insyaAllah banyak manfaat yang kita perolehi. Moga2 dengan perkongsian ini, aku juga mendapat saham daripadaNya. Amiinn.. selamat membaca..


19 November 2013

Hari kedua cuti sekolah

Alhamdulillah, hari ni kira hari kedua cuti la.. Sabtu ahad tak ble kira.. Sabtu tu, masa duduk2 dalam flight, merncang nak isi apa cuti sekolah kali ni.. Ada baaaaanyak plan, tapi nak laksanakan 2 wallahua'lam.. Biasa la merncang itu mudah, cuma nak melaksanakannya ish2..

Antarnya salah satu plannya ialah ingin membaca buku, apa2 sahaja buku yang mendatangkan manfaat dan kemudiannya menulis di dalam blog. Alhamdulillah, akhirnya arini berjaya membaca sebuah buku walaupun banyak yang berjaya di skip2 dan bukunya bertajukkk:


Buku ni ternyata sangat bangus terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Memandangkan aku masih bujang lagi dan seorang perempuan, perancangan wang yang berkaitan dengan anak, rokok dan sewaktu dengannya berjaya ku  skip. Ini menyebabkan aku berjaya menghabiskan buku ini dalam masa tidak sampai setengah hari. InsyaAllah, buku ni sangat bagus dijadikan panduan kita..

Banyak tips yang aku perolehi dari buku ni. Antaranya ialah bagaimana kita merancang kewangan. bagi orang bujang yang selalu makan di luar, catat setiap hari semua duit yang digunakan dan dibelanjakan termasuklah kuih, nasi dll yang dibeli. Bila dilihat selama satu bulan, baru kita akan sedar berapa banyak wang yang telah dihabiskan utk semua tu. dengan catatan la akan menyedarkan kita.

selain itu, untuk saving jugak pastikan keluarkan 10% daripada gaji kita setiap bulan. sebelum bayar apa2, keluarkan dulu duit tu untuk simpanan kita. ataupunnnnn, kita boleh letak pelaburan awal rm500, lepas tu setiap bulan pastikan istiqamah letak 50.. sampai 20 tahun, dapat gambarkan berapa suda kita berjaya saving? kira sendiri la aa..

antara lain yang dikongsikan ialah kita kena wat pelaburan. paling cikai pun, wat la pelaburan amanah saham. part ini, aku xpenah belajar. jadi, xberapa nak faham. insyaAllah nak g servay2 dlu, apa benda ni. kalau bagus, insyaAllah pasti akan melabur amanah saham dan lagi satu buku ni jugak galakkan kita utk amik takaful kalau tidak silap. ini pun benda baru utk aku, insyaAllah nnt aku try usha2 k.

apapun, moga2 kita dapat belajar saving bermula dari sekarang untuk masa depan. Opssss, dah asar la kat sini. teringat pula kata2 pengacara tv tdi, antara perkara yang perlu disegerakan ialah :

  • apabila jenazah telah tiba, segerakan mengkebumikannya.
  • apabila masuk waktu, segerakan menunaikan solat
  • apabila jodoh telah tiba, segerakan pernikahan.


antara tiga ni, masuk suda waktu di sini. arini asar jam 3.26. makanya,,, jom solat asar..

Assalamualaikumm....=)

24 August 2013

Kehidupan

Bismillahirrahmannirrahim..

Telah lama, tangan ini ingin menekan papan kekunci bagi menukilkan sesuatu sepanjang berada di tempat orang ini. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan pengalaman semenjak bergelar seorang guru sebenar, bukan lagi "guru pelatih" yang dipegang selama lima tahun setengah.

Berada ditempat orang sememangnya mencabar. Aku tidak ingin meluahkan seribu rungutan, kerana ia menjadi tanda orang yang tidak bersyukur.

Baru-baru ini, terbaca post Azreenah, junior PAI IPG tempat aku pernah belajar dlu. Postnya sangat menarik iaitu :
"sesiapa yang masih ada perasaan cemburu, maknanya dia lebih mencintai dunia"

BULPP..
Adui, sakitnya. Aku terasa, akulah orang itu. Perasaan cemburu yang menebal dalam diriku. Perasaan yang sukar untuk ku kikis.. Ntah kenapa aku rasa, aku semakin kuat cemburu..

Bila, kita tidak respect seseorang, maknanya kita mempunyai ego yang tinggi.
Apa yang kita ada, hanya itu yang mampu kita beri.

3 Benda yang perlu difikir setiap hari
1. Kasih sayang tanpa syarat. Maksudnya tidak semestinya kita sayang org 2, orng 2 mestiiiiii syg kita jugk!
2. Memaafkn tanpa syarat.
3. Apa manfaat yg boleh kita beri pd org lain

Ok, cukup setakat malam ni. will be continue..=)

21 July 2013

Miss my hometown

Hidup ini adalah pilihan..

Pilih untuk gembira atau sedih
Pilih untuk positif atau negatif
Pilih untuk suka atau membenci
Pilih untuk menyendiri atau bersama

Semua pilihan ada ditangan anda
Dan saya memilih untuk tinggal bersama keluarga saya tentu lebih gembir

28 February 2013

Hepi birthday hanif (28.02.2013)

Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menukilkan sesuatu di laman blog ini.
Pagi tdi, sempat ke tamu. Balik dr tamu, sedang minum2, datang la seorang budak kecik yang selalunya mengaji dengan pakcik. Nama dia Hanif.

Datang ja dia, terus menuju ke meja makan kami dan berkata
"hari ni hari jadiku,"
aku tanya "iya? yang keberapa?"
dia jawab yang ke "9 tahun"
aku ckp lgi la, "ba, hepi birthday hanif"

1st tym pla dengar budak2 bagitw tarikh lahir dorg pd aku.. haha, rasa lucu pun ada. aku pn fikir2, apa la nak bagi dia.. ok, saja ja bagi mengelakkan rasa tak sedap hati sebab tak bagi dia hadiah, aku saja ja la cakap, "ala, kenapa tak bagitw awal? hari ni harijadi baru nak bgtw."

Tiba2 aku teringat pen yang aku beli untuk buat nota spp. aku beli sebab aku suka sangat pakai pen tu. tapi, xpa la. aku cari2 pen tu dan akhirnya jumpa. aku bagi pen tu pada dia dan cakap, "nah, hepi birthday. hadiah harijadi dari kakak" terus dia cakap "apa ni?" aku jwab "pen la". "bolehla pakai utk tuisyen ni"

haha, kecik ja hadiah 2. sebatang pen yang aku suka. dalam hati, apa yang lebih menggembirakan kita selain kita dapat menggembirakan budak2 yang kecik tak thu apa2..

gembiranyaaa..
hepi birthday sekali lagi, hanif.
akak sayang kamu, walaupun kamu tak tau..=)

19 January 2013

Program Televisyen

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya diberi kesempatan untuk menukilkan sesuatu d sini..
sebenarnya bukan tidak mahu menulis, tetapi memandangkan line internet agak slow d rumah, jadi membatalkan niat utk menulis..

sementara menunggu penempatan, aktiviti rutin adalah menonton tv. antara rancangan yang berjaya menarik perhatianku rancangan Bismillah, muqaddimah, tanyalah ustaz, tanyalah ustazh, assalamualaikum, nasi lemak kopi 0 (jumaat, jam 8 pagi) dn beberapa rancangan lain..

beberapa hari lepas atau mungkin dekat seminggu dah kot, tengok la rancangan Bismillah, TV3. Muncullah satu ustaz, yang selalu ada d slot Muhasabah TV AlHijrah. Dah lama nak taw, siapa la ustaz ni. Kenapa jarang muncul. Akhirnya muncul d TV3. Ustaz Elias namanya. Ya Rabbi, serius sangat berminat dengan pengisian daripada ustaz ni. Antara yang menarik perhatian, bila dia menyampaikan tajuk tawakkal. Bila dia wat checklist, dia tya, ayat lebih kurangggg gni :

" siapakah bila dia melakukan sesuatu, dia meletakkan tawakkal atas apa yang dilakukanny?"
" siapakah bila dia telah berjaya melakukan sesuatu, dia rasa itu adalah daripada tawakkalnya kepada Allah?"

Allahu rabbi.. Kadang2 bila dijentik dengan kata-kata begini, baru kita sedar..

Kelmarin, sempat tengok nasi lemak kopi O (tv9). Ustaz Abdul Kadir Al-Jofree.. Salah satu ustaz favourite, sebab aku rasa penyampaiannya santai jer..

Memandangkan maulid dah dekat, sudah tentu pengisiannya berkenaan dengan maulid. Antra perkongsian beliau adalah :

"bagaimana ingin melahirkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W?"
"iaitu dengan perbanyakkanlah berselawat kepadanya. InsyaAllah. moga2 semakin lama semakin cinta kita kepadanya."

Apa yang psti, bacalah kisah2 Baginda, disana baru kita akan sedar betapa mulianya Rasulullah. Sebagai permulaan, boleh la baca novel sejarah tulisan pak Abdul Latip..

Dilanjtukan lagi, dengan rancangan Al-Muqaddimah pagi tadi.. Perkongsian dari Ustz Hanafiah, kalau tak silap namanya..

"bersyukurlah kamu, nescaya akan Aku tambahkan nikmat kepadaMu."
ayat tersebut merupakan firman Allah. Yang mana, kata-kata dr Allah itu pasti..

dan last sekali, prog Tanyalah Ustaz. Perbanyakkanlah beristigfar kepada Allah. InsyaAllah..

Seronok tengok prog2 ni.. Sekrang ni, rancangan yang best juga adalah....
"RASUL YANG KATA.." sangat suka dengar Qasidah..

Moga2 teknologi yang ada d manfaatkan dan mampu menjadi saham akhirat kepada kita