23 November 2013

Reading is important, but writing is more important

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini diberikan peluang utk bernafas lagi, membetulkan kesilapan lepas menjadi lebih baik dari semalam. insyaALlah..

"Reading is important, but writing is more important," satu quote yang dikongsikan oleh salah seorang penulis langitilahi. Penulis yang beberapa tahun lebih muda daripadaku, tetapi nyata penulisannya banyak membuatkan aku terkesan terutama sekali penulisannya berkaitan dengan masa. Quote diatas dikongsikan olehnya dalam laman FBnya. Mohon copypaste ya, hehe..

Beberapa hari ini tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menulis. Akhirnya, arini meluangkan masa utk menulis sambil2 menanti pakaian yang dicuci siap. 

Semalam, sempat jalan2 di blog org. Memang peminat baca blog org jugak sebenarnya. Dalam jalan2 tu, terjumpa pla e-novel. Tajuknya "kerana kami muda." bila baca tu, ok baru perasaan minat membaca novel masih ada. Cuba mendownload novel tersebut, malangnya tidak berjaya. kebetulan dia merupakan kawan di fb, jadi meminta dia menghantar ke email. Alhamdulillah, pagi tadi, lebih kurang empat jam berjaya menghabiskan novel yang mempunya 155 M/S. hehe

Sejujurnya banyak pengajaran yang aku perolehi dari novel tersebut. Banyak yang terkesan dihati. Dan apa yang penting, aku suka endinggggg cerita tu. Bagaimana lelaki tersebut akhirnya terus menghantar rombongan lamaran kepada perempuan tersebut. Ok, kalau nak baca, silalah download di web ini ya.
http://iqbalsyarie.blogspot.com/
insyaAllah banyak manfaat yang kita perolehi. Moga2 dengan perkongsian ini, aku juga mendapat saham daripadaNya. Amiinn.. selamat membaca..


19 November 2013

Hari kedua cuti sekolah

Alhamdulillah, hari ni kira hari kedua cuti la.. Sabtu ahad tak ble kira.. Sabtu tu, masa duduk2 dalam flight, merncang nak isi apa cuti sekolah kali ni.. Ada baaaaanyak plan, tapi nak laksanakan 2 wallahua'lam.. Biasa la merncang itu mudah, cuma nak melaksanakannya ish2..

Antarnya salah satu plannya ialah ingin membaca buku, apa2 sahaja buku yang mendatangkan manfaat dan kemudiannya menulis di dalam blog. Alhamdulillah, akhirnya arini berjaya membaca sebuah buku walaupun banyak yang berjaya di skip2 dan bukunya bertajukkk:


Buku ni ternyata sangat bangus terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Memandangkan aku masih bujang lagi dan seorang perempuan, perancangan wang yang berkaitan dengan anak, rokok dan sewaktu dengannya berjaya ku  skip. Ini menyebabkan aku berjaya menghabiskan buku ini dalam masa tidak sampai setengah hari. InsyaAllah, buku ni sangat bagus dijadikan panduan kita..

Banyak tips yang aku perolehi dari buku ni. Antaranya ialah bagaimana kita merancang kewangan. bagi orang bujang yang selalu makan di luar, catat setiap hari semua duit yang digunakan dan dibelanjakan termasuklah kuih, nasi dll yang dibeli. Bila dilihat selama satu bulan, baru kita akan sedar berapa banyak wang yang telah dihabiskan utk semua tu. dengan catatan la akan menyedarkan kita.

selain itu, untuk saving jugak pastikan keluarkan 10% daripada gaji kita setiap bulan. sebelum bayar apa2, keluarkan dulu duit tu untuk simpanan kita. ataupunnnnn, kita boleh letak pelaburan awal rm500, lepas tu setiap bulan pastikan istiqamah letak 50.. sampai 20 tahun, dapat gambarkan berapa suda kita berjaya saving? kira sendiri la aa..

antara lain yang dikongsikan ialah kita kena wat pelaburan. paling cikai pun, wat la pelaburan amanah saham. part ini, aku xpenah belajar. jadi, xberapa nak faham. insyaAllah nak g servay2 dlu, apa benda ni. kalau bagus, insyaAllah pasti akan melabur amanah saham dan lagi satu buku ni jugak galakkan kita utk amik takaful kalau tidak silap. ini pun benda baru utk aku, insyaAllah nnt aku try usha2 k.

apapun, moga2 kita dapat belajar saving bermula dari sekarang untuk masa depan. Opssss, dah asar la kat sini. teringat pula kata2 pengacara tv tdi, antara perkara yang perlu disegerakan ialah :

  • apabila jenazah telah tiba, segerakan mengkebumikannya.
  • apabila masuk waktu, segerakan menunaikan solat
  • apabila jodoh telah tiba, segerakan pernikahan.


antara tiga ni, masuk suda waktu di sini. arini asar jam 3.26. makanya,,, jom solat asar..

Assalamualaikumm....=)