Sejak beberapa hari ni, topik hangat yang menjadi isu perbualan di kaca tv adalah berkenaan dengan jodoh. Ini mungkin disebabkan oleh cuti hujung tahun ni, banyak kenduri kahwin yang dibuat. Jadi, isu jodoh bertepatan dengan situasi sekarang.
Bila berbicara soal jodoh, ramai yang berkata :
"Kenapa aku belum bertemu jodoh lagi, sedangkan usia dah 25 tahun?"
"Rasa give up tak, kawan-kawan kita dah ada pasangan, kita belum ada lagi?"
"Bila la rasanya aku bertemu dengan si dia ni?"
Aku juga kadangkala tertekan bila banyak persoalan yang ditanyakan berkaitan dengannya. Antaranya :
"Kak, bila lagi nak kahwin?"
"Kak, umur dah 24 tahun, habis sudah belajar, boleh la kawin sudah."
Lama memikirkan soal ini, dan akhirnya setelah menonton banyak isu berkaitan kahwin, antaranya Misteri Jodoh dalam Semanis Kurma, Kahwin Awal dalam Selami Jiwa dan beberapa rancangan TV yang lain, akhirnya aku membuat beberapa kesimpulan.
Mungkin jodoh kita belum sampai disebabkan beberapa perkara:
- Kurang berusaha, berdoa dan bertawakkal. Bila yang bertanya, apa juga usaha yang kita dapat buat. Memetik kata-kata seorang pakar motivasi, beliau berkata. Antara usaha yang kita boleh lakukan adalah menonjolkan diri kita antaranya dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat dll. kalau sekadar usaha pun, tapi kurang doa tak boleh juga. doa dengan meyakini akan dimakbulkan doa kita dan akhir sekali bertawakkal la kepadaNya. InsyaAllah
- Belum bersedia. Bersedia dari banyak aspek antaranya kewangan, emosi, dll.. Mungkin kita rasa kita sudah cukup bersedia. Tapi cuba fikir-fikir balik. Kita dah pandai masak ka? dah pandai urus kewangan ka? atau sudah cukup matang dalam membuat keputusan? dah boleh jadi isteri atau suami orang ka? bangun awal selalu, tolong sedia sarapan utk keluarga?
Teringat pula perkongsian seorang personaliti tv, katanya:
"Saya yakin daun takkan gugur kecuali dengan izin Allah. Maka, saya juga yakin. Bila Allah dah kata sudah sampai masanya untuk saya kahwin, insyaAllah saya akan kahwin. Kun Fayakun."
Oh ya, teringat pula kata-kata Dr. Fadzillah Kamsah pagi tadi, setiap kali keluar rumah pasang niat, untuk cari rezeki halal dan jangan lpa juga niatkan untuk bertemu dengan JODOH yang baik.. InsyaAllah..=)
Dan saya pula berpegang, insyaAllah kalau saya sudah bersedia dan sudah ada sedikit ilmu untuk mengurus diri dan keluarga insyaAllah, Allah pasti akan mempertemukan saya dengan bakal imam sya nanti. InsyaAllah. Saya juga sedang berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya.